Cara Pengurusan Kucing Oleh Badan Pengurusan Bersa..
27th Sep 2022, Malaysia Animal Association


Cara pengurusan kucing oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) Springville Apartment Ukay Perdana 1, Hulu Kelang menggunakan kaedah kejam, zalim dan tidak berperikemanusiaan. Memasukkan kucing dalam guni berikat dan menyimpan secara membiarkannya semalaman tanpa oksigen mencukupi boleh menyebabkan kucing lemas dan kematian.

Kucing jalanan adalah satu tanggungjawab bersama yang perlu ditangani dengan baik. Jika tidak faham bagaimana pengurusan stray yang betul. JMB boleh mendapatkan khidmat nasihat PBT, Jabatan Perkhidmatan Veterinar atau mana-mana NGO yang sentiasa sudi dan mengalu-alukan untuk memberi khidmat nasihat pengurusan stray.

JMB membuat keuntungan tahunan ratusan ribu ringgit dengan mengenakan caj pengurusan tinggi terhadap penduduk. Sekurang-kurangnya sedikit dana dapat diperuntukkan untuk membantu menguruskan makhluk tuhan seperti kucing ini yang memasuki kawasan dibawah kuasa pengurusan JMB. Ia sebagai membudayakan belas ehsan, kemanusiaan dan berkongsi sedikit rezeki supaya kucing-kucing jalanan dapat diuruskan secara bertamadun.

Perlu diingatkan bahawa pengendalian kucing jalanan tertakluk peraturam di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang jika tidak dipatuhi boleh menyebabkan JMB didakwa dengan peruntukkan hukuman minimum 1 tahun penjara dan maksimum 3 tahun dengan denda minimum RM20,000.00 dan maksimum RM100,000.00

Laporkan terus kes jenayah haiwan domestik ke https://awa.dvs.gov.my dan kes jenayah haiwan liar ke hotline 1-800-88-5151 atau berhubung dengan pejabat Perhilitan negeri terdekat.

Untuk kongsikan kes jenayah haiwan sebagai kesedaran semua sila ke www.wasap.my/+60105394749 atau visit www.animalmalaysia.com untuk aktiviti haiwan.

"HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN"

#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010
View Original Post