Wwf-Malaysia Menyanjung Tinggi Polis Marin Sabah. ..
6th Dec 2023, WWF Malaysia
WWF-Malaysia Menyanjung Tinggi Polis Marin Sabah!

Syabas kepada Polis Marin Sabah atas kejayaan mereka dalam memintas aktiviti perdagangan hidupan liar secara haram! Rampasan sebanyak 9,000 kg penyu dan 5 kg sirip ikan yu baru-baru ini adalah peringatan yang jelas terhadap keperluan mendesak untuk melindungi spesies terancam.

Taman Tun Mustapha, merupakan taman marin berkepentingan pelbagai guna yang terbesar di Malaysia, sebagai kawasan yang penting untuk penyu bersarang dan mencari makanan. Kepentingan ini memerlukan penguatkuasaan yang ketat dan langkah-langkah untuk melindungi penyu daripada perdagangan haram merentasi sempadan negara. Walaupun terdapat perlindungan undang-undang yang sedia ada, penyu dan ikan yu masih menjadi pilihan utama dalam perdagangan haram, justeru itu, langkah-langkah penguatkuasaan yang mantap adalah sangat diperlukan.

Walaupun WWF-Malaysia bekerjasama dengan kerajaan dan komuniti secara aktif untuk memerangi perdagangan haram hidupan liar melalui Shellbank, kami sangat menyokong komitmen yang lebih tinggi dalam memastikan amalan perikanan yang mampan dan menangani perikanan haram, tidak mematuhi peraturan dan tidak dilaporkan (illegal, unreported, and unregulated fishing). Ini ialah penting dalam memastikan kehadiran penyu dan ikan yu di perairan negara kita untuk generasi akan datang.

Ingat, tanpa permintaan, pasaran tidak akan wujud dan perdagangan tidak akan berlaku. Mari kita bersama-sama membanteras penggunaan dan pembelian hidupan liar yang terancam. Sekiranya anda mengesyaki / melihat / mempunyai maklumat mengenai perdagangan hidupan liar haram, hubungi agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai operasi yang mengagumkan ini, lihat butiran kejadian di sini: https://www.thestar.com.my/news/nation/2 023/12/04/sabah-cops-seize-9000kg-of-tur tle-meat-in-trawler-raid-near-pulau-bang gi

Untuk maklumat lanjut mengenai Shellbank: https://www.youtube.com/watch?v=fQTIrxRf UBc

Tag: Sabah Parks Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) Pasukan Polis Marin Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

#LindungiHidupanLiarKita #wwfmy #PemuliharaanMarin #HentikanPerdaganganHaramHidupanLiar



WWF-Malaysia Menyanjung Tinggi Polis Marin Sabah! Syabas kepada Polis Marin Sabah atas kejayaan mereka dalam memintas aktiviti perdagangan hidupan liar secara haram! Rampasan sebanyak 9,000 kg penyu dan 5 kg sirip ikan yu baru-baru ini adalah peringatan yang jelas terhadap keperluan mendesak untuk melindungi spesies terancam. Taman Tun Mustapha, merupakan taman marin berkepentingan pelbagai guna yang terbesar di Malaysia, sebagai kawasan yang penting untuk penyu bersarang dan mencari makanan. Kepentingan ini memerlukan penguatkuasaan yang ketat dan langkah-langkah untuk melindungi penyu daripada perdagangan haram merentasi sempadan negara. Walaupun terdapat perlindungan undang-undang yang sedia ada, penyu dan ikan yu masih menjadi pilihan utama dalam perdagangan haram, justeru itu, langkah-langkah penguatkuasaan yang mantap adalah sangat diperlukan. Walaupun WWF-Malaysia bekerjasama dengan kerajaan dan komuniti secara aktif untuk memerangi perdagangan haram hidupan liar melalui Shellbank, kami sangat menyokong komitmen yang lebih tinggi dalam memastikan amalan perikanan yang mampan dan menangani perikanan haram, tidak mematuhi peraturan dan tidak dilaporkan (illegal, unreported, and unregulated fishing). Ini ialah penting dalam memastikan kehadiran penyu dan ikan yu di perairan negara kita untuk generasi akan datang. Ingat, tanpa permintaan, pasaran tidak akan wujud dan perdagangan tidak akan berlaku. Mari kita bersama-sama membanteras penggunaan dan pembelian hidupan liar yang terancam. Sekiranya anda mengesyaki / melihat / mempunyai maklumat mengenai perdagangan hidupan liar haram, hubungi agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai operasi yang mengagumkan ini, lihat butiran kejadian di sini: https://www.thestar.com.my/news/nation/2023/12/04/sabah-cops-seize-9000kg-of-turtle-meat-in-trawler-raid-near-pulau-banggi Untuk maklumat lanjut mengenai Shellbank: https://www.youtube.com/watch?v=fQTIrxRfUBc Tag: Sabah Parks Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) Pasukan Polis Marin Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia #LindungiHidupanLiarKita #wwfmy #PemuliharaanMarin #HentikanPerdaganganHaramHidupanLiar
View Original Post
Advertise To 500,000 Animal Lovers »