Selamat Hari Hutan Antarabangsa Pada Hari Yang Ist..
21st Mar 2024, WWF Malaysia


Selamat Hari Hutan Antarabangsa! Pada hari yang istimewa ini, mari kita bersama-sama meraikan keindahan dan keunikan hutan melalui video dan karya seni daripada Sharifah N.

Hutan bukan hanya menjadi habitat bagi flora dan fauna yang beraneka ragam, tetapi juga merupakan penyokong utama kehidupan manusia.

Dengan adanya hutan, kita dapat menghirup udara segar, minum air bersih, mendapat perlindungan dari bencana alam, dan banyak lagi manfaat yang lain.

Oleh itu, mari kita bersama-sama memelihara, melindungi, dan menjaga hutan kita.

#HariHutanAntarabangsa #internationaldayofforests
View Original Post
Advertise To 500,000 Animal Lovers »