Minggu Lepas, Sebuah Bengkel Libat Urus Bersama Ja..
29th Apr 2024, Turtle Conservation Society


Minggu lepas, sebuah Bengkel Libat Urus bersama Jabatan PERHILITAN berhubung Pelaksanaan Projek Pemuliharaan Tuntung Sungai di Malaysia telah berjaya diadakan

Bengkel ini adalah siri ketiga berikut sambungan daripada dua siri yang telah diadakan pada tahun 2022. Peserta-peserta bengkel termasuklah wakil-wakil daripada HQ Perhilitan, Pusat Konservasi Hidupan Liar Bota Kanan, Bukit Pinang dan Kuala Berang, dan team TCS.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Pazil Bin Abdul Patah, Pengarah Bahagian Konservasi Ex-situ Jabatan PERHILITAN dan kesemua peserta kerana menyertai serta menyumbangkan idea dan cadangan dalam usaha menyelamatkan tuntung sungai.

Semoga hasil perbincangan dari bengkel ini dan juga berkat kerjasama dari semua pihak yang berkepentingan akan memanfaatkan populasi tuntung sungai yang semakin berkurangan di negara ini.

Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia

#jabatanperhilitan #selamatkantuntungsungai #turtleconservationsociety
View Original Post
Donate & Save 28,000 Strays »