Hari 2 28 April 2024 Sijil Pematuhan Keselamatan O..
29th Apr 2024, Malaysia Animal Association


Hari 2 (28 April 2024) : Sijil Pematuhan Keselamatan Operasi dan Perlindungan Haiwan

Hari kedua merupakan terakhir mendedahkan kefahaman mengenai mengenal pasti risiko, pemindahan risiko, langkah pencegahan dan penyelesaian masalah (Business Continuity Disaster Recovery) dalam operasi/perniagaan haiwan yang sedang dijalankan peserta.

Selain itu satu majlis menandatangani 'Memorandum of Understanding' (MOU) antara Persatuan Haiwan Malaysia dengan Persatuan Pendandan Kucing Sabah (SCGA) diadakan pada akhir sesi kursus ini.

Terima kaseh kepada semua peserta dan ahli SCGA!

JANGAN KETINGGALAN !

Siapa perlu sertai? :
Pengusaha perniagaan & pembiakan haiwan, pemilik premis haiwan, pemain industri haiwan termasuk penginapan haiwan, dandanan haiwan, kedai haiwan peliharaan, pet taxi, klinik veterinar, penyelamat & shelter haiwan, pengusaha taman haiwan liar, pembiak & penjual haiwan serta ladang ternakan haiwan dan seluruh peminat haiwan yang mahu meraih ilmu undang-undang haiwan dan keselamatan haiwan.

Kelebihan menyertai kursus ini :
1. Mendapat pendedahan ilmu tentang keperluan mengaplikasikan langkah pencegahan dan keselamatan dalam urusan perniagaan, premis dan pengendalian haiwan supaya dapat mengurangkan risiko kecederaan, kerugian, kemusnahan yang mengakibatkan pelanggaran mana-mana akta haiwan secara langsung atau tidak langsung.
2. Peserta bakal menerima Sijil Penyertaan daripada Persatuan Haiwan Malaysia dan Akademi Haiwan Malaysia dengan perakuan oleh Persatuan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Penyiasatan Malaysia.
3. Mendapat Pengesahan (Endorsement) Pematuhan Keselamatan Operasi & Undang-Undang Haiwan Animal Malaysia melalui penarafan 'Safety and Secure Practice for Animals' bagi pengusaha industri haiwan yang memerlukan endorsement.
4. Sticker penarafan diberikan untuk premis peserta dan boleh ditampal untuk dipamerkan di pintu masuk premis. *Sticker ini diberi secara percuma dan caj hanya RM50 dikenakan bagi setiap penambahan premis peserta yang memerlukan sticker.
5. Pengusaha latihan dan kursus haiwan boleh memohon akreditasi modul latihan anjuran akademi atau pusat latihan masing-masing. *Mengikut terma & syarat kelulusan.

Penceramah :
En. Arie Dwi Andika
Presiden Persatuan Haiwan Malaysia
Pengerusi Persatuan Penguatkuasaan Undang-Undang & Penyiasatan Malaysia
Penasihat Industri Program Penguatkuasaan Undang-Undang, Universiti Geomatika Malaysia
Kelayakan akademik :
PhD Undang-Undang (candidate)
Master of Protective Security Management
Master of Law Enforcement
Bachelor of Law Enforcement & Investigation
Diploma in Information Management

#animalforensic #animalinvestigation #animallawenforcement #animalrights #animaleducation #animalcrime #animalsecurity #animalsafety #animallaw #animalprotection #animallaw
View Original Post
How To Shop & Help Animals »