Kenyataan Bercanggah Kes Pembunuhan Ngeri Kucing U..
22nd Dec 2024, Malaysia Animal Association


Kenyataan Bercanggah Kes Pembunuhan Ngeri Kucing UM

Jabatan Perkhidmatan Veterinar kata tiada CCTV dalam kawasan kejadian.

Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) Kuala Lumpur kata ada rakaman CCTV menunjukkan aksi kumpulan anjing liar menyerang kucing

Isteri Y.A.B Perdana Menteri Anwar Ibrahim iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Ahli Parlimen Bandar Tun Razak gesa badan penguatkuasaan jalankan siasatan menyeluruh, terperinci dan berfakta.

Y.Bhg. Datuk Azman Abidin Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri (PMX) juga menggesa pihak berkuasa kedua-duanya main peranan secara serius berdasarkan peruntukkan undang-undang masing-masing iaitu Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan Seksyen 428 Kanun Keseksaan.

Presiden Persatuan Haiwan Malaysia Arie Dwi Andika merangkap Pengerusi Persatuan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Penyiasatan Malaysia pula berharap supaya Sistem Keadilan Jenayah Haiwan negara dapat ditegakkan dengan baik, bersistematik, berilmu dan profesional serta tidak mengelirukan rakyat dan mengundang kemarahan publik.

Jenayah haiwan juga boleh menyumbang dan merebak kepada jenayah manusia. Negara ini juga telah mempunyai sejarah beberapa kes jenayah haiwan antaranya pembakaran kucing hidup-hidup dilakukan oleh remaja bawah umur. Ini amat membimbangkan.

Oleh :
Arie Dwi Andika (Professor of Practice)
Dicipline Area : Undang-Indang Haiwan, Penguatkuasaan dan Penyiasatan Jenayah Haiwan

#haiwankhazanahamanahtuhan #animalforensic #animalinvestigation #animallawenforcement #animalrights #animaleducation #animalcrime #animalsecurity #animalsafety #animallaw #animalact #animalprotection #animals #animaljustice #animaleducation #kemahiranhaiwan #TVET
View Original Post
Advertise To 500,000 Animal Lovers »