Hari Pertama Kami Di Karnival Beautiful Terengganu..
30th Dec 2024, Turtle Conservation Society


Hari pertama kami di Karnival Beautiful Terengganu

Sangat meriah! Ramai keluarga dan kanak-kanak yang melawat booth kami untuk melihat artis popular, iaitu anak-anak tuntung!

Kami juga memberikan diskaun khas sebanyak 10% kepada sesiapa yang membeli barangan produk tuntung.

Terima kasih kepada @pdtkmn kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk mempromosikan produk pelancongan tuntung di Kemaman

Kami akan berada di Mayang Mall sehingga 1hb Januari 2025, jadi kepada yang berada di sekitar Kuala Terengganu, meh pakat mari belaka!

Pssst, kami berikan buku mewarna percuma* kepada kanak-kanak yang belajar mengenai tuntung dan kura-kura tau! Jangan lupa hadir yaaa

*sehingga stok masih ada

#karnivalbeautifulterengganu2024 #visitbeautifulterengganu #tuntung #kemaman #pejabatdaerahdantanahkemaman #tranungdokrilek
View Original Post
Shop & Save 29,000 Strays »