Pagi Tadi, Kami Menerima Panggilan Kecemasan Tenta..
3rd Feb 2025, Turtle Conservation Society


Pagi tadi, kami menerima panggilan kecemasan tentang seekor labi-labi yang cedera. Setelah diperiksa, hati kami luluh melihat keadaannya mata kail tertusuk di kaki depan kanan, luka yang sangat dalam pada karapasnya, dan lebih menyedihkan, satu kakinya sudah tiada

Labi-labi ini jelas dalam kesakitan, ia meronta setiap kali kami cuba mengeluarkan mata kail tersebut. Namun, dengan penuh ketelitian, kami akhirnya berjaya mengeluarkannya dan membersihkan semua lukanya. Beratnya 12kg, dan kini ia sedang menjalani pemulihan selama beberapa jam sebelum kami lepaskan kembali ke habitat asalnya.

Terima kasih Fong Soon Tat dari Soon Tat Radiator Services yang segera menghubungi kami! Kerana keprihatinan anda, labi-labi ini mendapat peluang kedua untuk terus hidup

#TurtleConservation #SoftshellTurtle #AmydaCartilaginea #TurtlesOfMalaysia #LoveTurtles #SaveTurtles #SaveOurTurtles #LabiLabi
View Original Post
Donate & Save 30,000 Strays »