
Seawal pagi, pelajar daripada SJK(C) Kuala Kemaman sudah teruja menunggu sesi bersama kami. Bermula dengan Turtle Talk, mereka belajar tentang kura-kura, penyu, tuntung dan apakah kepentingan mereka. Wajah mereka penuh rasa ingin tahu, terutama bila dapat melihat sendiri tuntung hidup yang kami bawa!
Lebih menarik, pelajar juga berpeluang bermain Turtle Explorace, di mana mereka perlu menyelesaikan cabaran di setiap stesen. Memang seronok tengok semangat mereka bekerjasama dan berlumba-lumba nak menang!
Selain itu, mereka juga menikmati sesi bercerita tentang Maya, Little Turtle Messenger, sebuah kisah yang mengajar tentang pemuliharaan penyu. Selepas itu, mereka menyiapkan seni kraf tuntung untuk dibawa pulangsatu kenangan istimewa yang boleh mereka simpan
Sepanjang program, senyuman dan keterujaan mereka jelas menunjukkan betapa seronoknya pembelajaran yang interaktif. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru-guru SJK(C) Kuala Kemaman yang banyak membantu kami sepanjang program berlangsung. Dan ini baru permulaan tahun 2025banyak lagi sekolah yang menanti untuk kami kunjungi!
#TurtleCamp #konservasi #TCSMalaysia #selamatkantuntung #tuntungsungai #Kemaman