Ucapan Terima Kasih Spca Selangor. Spca Selangor I..
12th May 2025, SPCA Selangor


Ucapan Terima Kasih SPCA Selangor

SPCA Selangor ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Tuan Abbas Salimmi bin Che Adzmi, Ahli Dewan Negeri Seri Serdang, kerana sudi hadir mewakili YAB Dato Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor ke Majlis Perasmian Potong Royong 6.0 pada 9 Mei 2025 yang lalu.

Kehadiran YB bukan sahaja memberi penghormatan kepada usaha kami, malah turut menyuntik semangat kepada seluruh pasukan dari doktor veterinar, pelajar, sukarelawan, hinggalah komuniti penyelamat haiwan jalanan untuk terus melaksanakan kerja-kerja kebajikan ini dengan lebih komited.

Kami juga ingin merakamkan penghargaan khusus kepada Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM), terutamanya kepada Prof. Dr. Goh Yong Meng, Dekan Fakulti, atas kerjasama erat dan kepercayaan yang diberikan kepada kami sejak Potong Royong dimulakan.

Lawatan YB ke fasiliti veterinar UPM jelas menunjukkan betapa pentingnya hubungan antara institusi akademik dan NGO dalam memperkukuh sistem kesihatan haiwan negara. Kami percaya sinergi sebeginilah yang akan menjadi asas kepada penyelesaian jangka panjang isu kebajikan haiwan, bukan sahaja di Selangor, tetapi di seluruh Malaysia.

Potong Royong akan terus menjadi medan kerjasama rentas sektor dan kami amat berbesar hati kerana mendapat sokongan padu daripada kepimpinan negeri serta institusi akademik terulung seperti UPM.

Sekali lagi, jutaan terima kasih atas kehadiran, sokongan dan kepercayaan yang diberikan.

#SPCASelangor
#PotongRoyong6.0
#UPM
#DUNSeriSerdang
#MalaysiaMadani
#KitaSelangor
View Original Post
Try PetGPT AI Writer Free »