Gurauan Sebelum Kemalangan
12th May 2025, Malaysia Animal Association


Lihatlah betapa gembiranya keluarga gajah bermain bersama pasangan dan anak mereka di kawasan rayau dalam habitat mereka yang dibangunkan jalan raya dan lebuh raya. Mereka tidak tahu risiko dan akibat yang bakal menimpa mereka. Mereka hanya tahu bahawa satu ketika dahulu kawasan permainan mereka ini adalah habitat nenek moyang dan kawasan rayau mereka. Mereka tidak kenal apa itu jalan raya dan kenderaan.

Selamatkan nasib nyawa anak gajah dan gajah serta haiwan liar lain daripada menjadi mangsa dilanggar. Lebuhraya Timur Barat Gerik - Jeli perlu lebih banyak dibangunkan lintasan haiwan (Animal Viaduct) dimana kawasan roaming haiwan liar berada.

Satu kajian mengenai haiwan liar dan kawasan rayau di lebuh raya perlu dilakukan bagi mengenal pasti spot dan titik keberadaan haiwan liar seperti gajah ini.

Meminimumkan risiko dalam kehidupan haiwan liar adalah satu tindakan bijak. Kerajaan melalui Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia, Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department ) dan kerajaan negeri perlu bekerjasama demi nyawa Haiwan Khazanah Amanah Tuhan ini.

#wildlife #elephant #gajah #lebuhrayatimurbarat #conservation #animalviaduct #perhilitan #JKR
View Original Post
Try PetGPT AI Writer Free »