Beruang Jantan Seberat 60 Kilogram Ceroboh Kawasan..
17th May 2025, Malaysia Animal Association


Beruang jantan seberat 60 kilogram ceroboh kawasan rumah penduduk berjaya ditangkap.

Beruang malang ini dikatakan berpemilik dipelihara oleh jiran berhampiran dan disimpan dalam sebuah rumah berdekatan di Taman Tanah Putih, Pekan Pahang.

Memilhara haiwan liar yang tersenarai dalam Jadual Kedua Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Pindaan 2022) tanpa Permit Khas merupakan satu jenayah hidupan liar yang memperuntukkan denda dan penjara. Tambahan pula lokasi dan tenpat simpanan hidupan liar bukan kawasan dan tenpat kurungan sesuai untuk haiwan liar seperti beruang ini.

Orang ramai dan penduduk taman perumahan berkenaan yang ada maklumat pemilikan beruang ini boleh beri kerjasama menyalurkan maklumat kepada Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia negeri Pahang supaya persoalam mengenai beruang malang ini dapat dirungkai.

Sumber berita dan foto : Buletin TV3

#wildlife #beruang #jenayahhaiwan #conservation #perhilitan #animalcrime #hidupanliar
View Original Post
Donate & Save 30,000 Strays »