Sudah Tangkap Serah Ke Pihak Berkuasa. Jangan Diseksa.
24th May 2025, Malaysia Animal Association


Jangan diseksa. Jika haiwan liar sudah ditangkap, uruskan sama ada serah ke pihak berkuasa Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia atau lepaskan di hutan jauh dari manusia.

Sesiapa jiran tetangga, sahabat andai dan saudara mara orang tua biadap ini mohon beri kerjasama senyap-senyap salurkan maklumat kepada pihak Perhilitan atau pihak Polis Diraja Malaysia.

Boleh perangkap haiwan liar, boleh tangkap haiwan liar jika menimbulkan kacau ganggu dan boleh mempertahankan diri daripada serangan haiwan liar. Namun bukan dengan kaedah menzalimi dan menganiaya.

Haiwan liar (wildlife) dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Pindaan 2022) yang memperuntukkan penjara dan denda jika terdapat mana-mana pihak membuat penganiayaan kezaliman terhadap haiwan liar ini.

#haiwanliar #wildlife #primates #monyet #beruk #perhilitan #haiwan #animals #animalcrime #animalact
View Original Post
Lazada 6.6 Super Wow Sale: 90% Off!