 Seramai 4 orang peserta terdiri daripada vendor penangkap haiwan terbiar mengambil inisiatif menghadiri Kursus Sijil Tatacara Pengurusan Haiwan Terbiar untuk memahami pendekatan penangkapan mengikuti tatacara piawai yang berlandaskan peruntukkan arahan, peraturan dan undang-undang dalam akta berkaitan haiwan sedia ada pada hari ini 25 Mei 2025. Kursus yang dijalankan di Galeri Animal Malaysia adalah kursus dirangka khas oleh kumpulan akademik Akademi Haiwan Malaysia - Malaysia Animal Academy bertujuan memberi kefahaman mengenai peraturan dan undang-undang dalam pengurusan haiwan terbiar kepada vendor-vendor penangkap haiwan terbiar di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Tujuan lainnya ialah mengurangkan risiko pelanggaran peraturan dan undang-undang dalam menguruskan haiwan disamping menjalankan tugas secara beretika dan menghormati haiwan terbiar daripada diperlakukan secara kasar. Ia juga mengelakkan unsur kezaliman dan penganiayaan sewaktu menjalankan tugasan penangkapan haiwan terbiar mengikut kehendak Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang mengkehendaki pihak-pihak pengurusan haiwan memahami etika dalam pengendalian haiwan. #haiwan #animals #wildlife #haiwanliar #strays #animalact #animallaw #animallawenforcement
View Original Post
Donate & Save 30,000 Strays »
|
|