Seramai 28 Orang Peserta Kakitangan Aeon Co. M Ber..
28th May 2025, Malaysia Animal Association


Seramai 28 orang peserta kakitangan Aeon Co. (M) Berhad dan Petemo Malaysia menyertai kursus Sijil Pematuhan Keselamatan Operasi dan Perlindungan Haiwan selama dua hari pada 27 - 28 Mei 2025 di Hotel Maluri.

Kursus anjuran dan modul akademik oleh Akademi Haiwan Malaysia - Malaysia Animal Academy dirangka khusus mempertingkatkan kompetensi dan kefahaman kakitangan pengurusan dan pelaksana industri haiwan. Kursus disampaikan oleh Presiden Persatuan Haiwan Malaysia Saudara Arie Dwi Andika Official (Professor of Practice) jurulatih bertauliah (accredited) HRD Corp - Human Resource Development Corporation.

Akademi Haiwan Malaysia merangka tujuh kursus berkaitan tatacara pengurusan haiwan, penguatkuasaan dan undang-undang haiwan, pengurusan keselamatan dan risiko haiwan dengan setiap kursus pensijilan ini merupakan kursus HRDC Claimable.

#animals #haiwan #animaleducation #competency #animallaw #animallawenforcement #animalsecurity #animaltraining
View Original Post
Try PetGPT AI Writer Free »