
25 ekor kucing telah berjaya mendapat keluarga baharu sempena Ossycat- Animal Malaysia Cat Adoption Fiesta 2025 yang berlangsung selama empat dari bermula 30 Mei hingga 02 Jun 2025 di AEON MALL Rawang Anggun
Kesemua 25 ekor kucing tersebut adalah masing-masing dari :
Galeri Animal Malaysia - 18 ekor
Paun Majlis Perbandarah Hulu Selangor - 7 ekor
Pihak kami berharap agar kucing-kucing jalanan ini dapat kualiti kehidupan yang baik daripada pemilik baharu dengan menyambung urusan memperbaiki kebajikan mereka seperti memberi penjagaan, rawatan kesihatan, vaksinasi, pemandulan bagi yang sudah sampai tempoh layak mandul dan makan minum memandangkan kucing ini 90 peratus daripadanya adalah tangkapan kucing di jalanan.
Usaha memperkasakan dan mempromosikan Trap - Neuter - Shelter - Adopt (TNSA) terhadap kucing jalanan akan terus dilakukan supaya pencinta kucing terdidik memahami tanggungjawab mengawal kucing daripada berkeliaran di jalanan yang boleh memberi pelbagai impak sosial dan risiko keselamatan terhadap kucing dan manusia daripada kemalangan, penyakit berjangkit serta kadar kezaliman kucing di jalanan
Persatuan Haiwan Malaysia amat menggalakkan NGO serta shelter-shelter kucing menyertai program adoption dalam mana-mana event atau expo haiwan untuk menyelitkan kesedaran kepentingan adoption kucing. Selain memberi peluang kucing berada di rumah kediaman dan mendapat kasih sayang sesuai slogan 'Kucing adalah Keluarga Kita'. Mana mungkin jika haiwan adalah keluarga dibiarkan dia berselerak dijalanan sebagai mana kita tidak membudayakan keluarga kita terbuang di jalanan
#kebajikanhaiwan #straycats #adoption #cats #haiwan #animals #kucing #security #strays