Dua Kumpulan Terdiri Daripada 20 Kakitangan Unit K..
24th Jun 2025, Malaysia Animal Association


Dua kumpulan terdiri daripada 20 kakitangan Unit Kawalan Haiwan Terbiar Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah tamat menjalani latihan Kursus Pengendalian Haiwan (Dandanan Haiwan) yang berlangsung selama dua hari pada 23 & 24 Jun 2025 anjuran Akademi Haiwan Malaysia - Malaysia Animal Academy

Latihan diadakan di La Dolce Gatto Institute (LDGI), Sentul Point Kuala Lumpur oleh dua tenaga pengajar dandanan kucing (LDGI) iaitu Cikgu Shida Shariff dan Cikgu Zattul Zahrin.

Kursus Pengendalian Haiwan (Dandanan Kucing) untuk kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ini dirangka khusus memberi pendedahan pengendalian kucing jalanan yang baru ditangkap dari sudut teknik pegangan sewaktu membersihkan kucing, menangani masalah temperamen kucing luar jangka sewaktu kerja pembersihan, kesesuaian bahan dan peralatan dandanan dan perkara-perkara berkaitan kawalan kucing yang perlu ditangani oleh kakitangan yang menguruskan kucing jalanan agar kekal memelihara kucing daripada terdedah bahaya dan kesakitan dalam waktu pengendalian pembersihan sebelum masuk ke paun kurungan.

Tahniah kepada semua kakitangan MPHS yang mengikuti kursus ini.

#kucing #cat #haiwan #animals #grooming #straycats #education #animalwelfare #animaleducation #animalsecurity #animalcompliance #animallaw
View Original Post
Donate & Save 30,000 Strays »