
[English below]
Pada 30 Januari yang lalu, kami telah kehilangan seorang insan yang amat bermakna dalam perjalanan kami, iaitu Allahyarham Pak Wazel Bin Mahad. Pemergian beliau amat dirasai kerana beliau merupakan salah seorang individu pertama yang bersama-sama membentuk dan menggerakkan Geng Tuntung.
Sepanjang bersama kami, arwah bukan sahaja menyumbang tenaga dan masa, malah sentiasa membuka halaman rumahnya untuk kami bekerja dan merancang usaha pemuliharaan. Keikhlasan dan keramahan beliau akan sentiasa terpahat dalam ingatan kami.
Bagi mengenang jasa arwah dan membantu meringankan beban keluarga, kami mengambil inisiatif untuk mengumpul sumbangan untuk disalurkan kepada balu arwah, Mek Ejun.
Sekiranya anda berhasrat untuk membantu, sumbangan boleh disalurkan ke:
Turtle Conservation Society of Malaysia
CIMB Bank 860 316 3577
Rujukan: Wazel
Sumbangan akan diterima sehingga 23hb Februari 2026. Terima kasih.
Al-fatihah.
__
On 30 January, we lost someone who was deeply meaningful to our journey, the late Pak Wazel Bin Mahad. His passing is profoundly felt, as he was one of the first individuals who formed the Terrapin Guardians.
Throughout his time with us, he not only gave his time and energy but also generously opened his home for us to work, meet, and plan our conservation efforts. His sincerity and warmth will always remain in our memories.
In honour of his contributions and to help ease the burden of his family, we are raising funds for his wife, Mek Ejun.
If you wish to contribute, please send your donation to:
Turtle Conservation Society of Malaysia
CIMB 860 316 3577
Reference: Wazel
Contributions will be accepted until 23rd February 2026. Thank you for remembering him with us.
Al-fatihah.