
Kenali Abang dan Pok Der, dua daripada Geng Tuntung kami yang berdedikasi!
Setiap musim persarangan, mereka menyusuri pasir di Pasir Gajah, Kemaman, melindungi spesies Tuntung Sungai yang sangat terancam. Walaupun ramai lagi Geng Tuntung lain yang turut berjuang, dalam reel ini kami menampilkan kisah Abang dan Pok Der yang penuh dengan detik sabar, seronok, dan harapan untuk masa depan.
Tonton reel ini untuk mendengar suara mereka dan merasai semangat yang dibawa.
Mari kita raikan usaha mereka dan bersama-sama menyertai misi menyelamatkan Tuntung Sungai agar terus wujud untuk generasi akan datang!
Jika anda seorang Geng Tuntung, apakah momen yang anda rasa tidak akan dilupakan? Kongsi di ruangan komen!
#GengTuntung #tuntungsungai #sangatterancam #turtlesofmalaysia