 Kami telah mencapai angka ke-1,000 Baru 20 hari sejak bermulanya musim persarangan tuntung sungai, dan kami telah berjaya mengumpul lebih daripada 1,000 biji telur! Satu pencapaian yang amat membanggakan dan memberi sinar harapan buat kelangsungan spesies ini. Kejayaan ini tidak mungkin dicapai tanpa usaha gigih dan komitmen berterusan daripada Geng Tuntung(komuniti setempat) bersama pihak Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia yang sentiasa bertungkus-lumus di lapangan. Kerjasama erat ini membolehkan kita melindungi telur-telur tuntung daripada ancaman seperti pemangsa dan aktiviti tidak bertanggungjawab. Tuntung sungai merupakan spesies yang dikategorikan sebagai sangat terancam (critically endangered). Setiap telur yang berjaya diselamatkan membawa harapan baharu untuk memastikan spesies ini tidak pupus dan terus menghuni sungai-sungai kita untuk generasi akan datang. Anda juga boleh menjadi sebahagian daripada usaha pemuliharaan ini! Sertai kami dengan mengambil bahagian dalam program Adopt a Nest dan bantu melindungi sarang serta anak-anak tuntung yang bakal menetas. Link: https://tr.ee/Wy7bZp5TDZ
View Original Post
Thank You For 18 Years of Support »
|
|