Program Journey Of Water Sungai Kerayong Jow 2026 ..
29th May 2026, WWF Malaysia


Program Journey of Water Sungai Kerayong (JoW) 2026 pada 16 dan 17 Mei 2026 menghimpunkan 30 #WaterHeroes daripada pelbagai agensi dan komuniti. Program kolaborasi WWF-Malaysia, Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Fakulti Sains, Universiti Malaya ini menjadi wadah untuk para Water Heroes saling belajar serta memupuk tanggungjawab kolektif dalam melindungi sungai dan sumber air kita.

Bermula di Bukit Saga, Water Heroes mendaki denai hutan sambil menghayati peranan kawasan ini sebagai tadahan air dan punca hulu Sungai Kerayong, selain memantau kualiti air dan mikroplastik, mengenali flora dan fauna serta menilai kesan pembandaran terhadap hutan ini.

Perjalanan diteruskan ke Kampung Tasik Tambahan di mana Water Heroes menyelami hubungan komuniti dan sungai melalui pemantauan kualiti air, pembersihan sungai dan audit sisa pepejal serta taklimat Jabatan Pengairan dan Saliran mengenai pengurusan sungai.

Beralih ke Hotel De Palma Ampang, pengalaman sepanjang perjalanan digarap menjadi strategi. Dari hutan ke sungai, daripada data ke realiti, Water Heroes merangka idea tindakan melalui penyelesaian berasaskan alam dalam pengurusan lembangan Sungai Kerayong.

Perjalanan Water Heroes berakhir di Tasik Pandan Perdana menerusi Gotong-Royong Perdana Denggi dan Pembersihan Tasik serta Majlis Penutup JoW. Majlis penutup disempurnakan oleh Ts. Haji Hasrolnizam Shaari, Timbalan Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Ampang Jaya dengan kehadiran Dr. Jason Hon, Pengarah Konservasi, WWF-Malaysia, Prof. Dr. Siti Rohana, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Fakulti Sains, Universiti Malaya serta Yang Berhormat Yew Jia Haur, Ahli Dewan Negeri Teratai dan dif kehormat lain.

Majlis dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti komuniti melibatkan lebih 200 peserta, termasuk sukarelawan Fakulti Sains, Universiti Malaya dan Group Corporate Assurance Division CIMB Bank Berhad.

Penghargaan kepada rakan kolaborasi, sukarelawan dan komuniti atas sokongan menjayakan program JoW ini. Majlis Perbandaran Ampang Jaya - Rasmi
Faculty of Science, Universiti Malaya

Saksikan video montaj sorotan JoW serta hayati inspirasi di sebalik perjalanan ini. Jumpa lagi di siri #JourneyofWater akan datang!

#JourneyofWaterSungaiKerayong2026 #JoWSungaiKerayong2026 #ValuingRivers #solidwaste #Naturebasedsolutions #Ampang #TogetherPossible #wwfmy
View Original Post
Thank You For 18 Years of Support »