In April 2026, a dog called Aramiss brought an entire neighbourhood together.
Aramiss - this name was immortalized by Alexandre Dumas in his classic novel The Three Musketeers (and its historical basis, real-life musketeer Henri d'Aramitz).
One day in 2023, Aramiss was spotted in our neighbourhood by a feeder. She turned up out of nowhere and as she is a border collie and friendly, we think she was an abandoned pet.
She settled into a feeding routine and all was well until early this year when she started to hang out in a drain close to a busy intersection and developed a rash. Off to the vet she went where she was diagnosed with a fungal skin infection which cleared up quickly following baths with antifungal shampoo. We were relieved when the vet gave Aramiss a clean bill of health and she is also vaccinated, dewormed and neutered.
One of her feeders (also currently her foster) noted that while Aramiss was a calm dog, she was wary of people. For the past 8 weeks, several residents have worked towards domesticating Aramiss. From frequent visits, walks, dropping off toys and giving belly rubs, we now have a calm, happy dog that is comfortable around people once again. Unfortunately, none of us can take her in and we are hopeful of finding her a family that will love her the way we do.
Aramiss is the embodiment of her name with her refinement, charm and loyalty. Also, she is easy on the eyes with her wispy, glossy coat and soulful gaze. She is a pleasure to walk and gets along great with other dogs. If you seek a companion that is poised and well mannered, Aramiss is the dog for you. Please WA me to enquire, serious enquiries only.
Pada April 2026, seekor anjing bernama Aramiss telah menyatukan satu kawasan kejiranan.
Aramiss - nama ini diabadikan oleh Alexandre Dumas dalam novel klasiknya The Three Musketeers (dan berdasarkan kisah sebenar musketeer Henri d'Aramitz).
Suatu hari pada tahun 2023, Aramiss telah kelihatan di kawasan kejiranan kami oleh seorang pemberi makan. Dia muncul tiba-tiba dan kerana dia seekor border collie yang mesra, kami percaya dia adalah haiwan peliharaan yang ditinggalkan.
Dia mula mengikuti rutin memberi makan dan semuanya berjalan lancar sehingga awal tahun ini apabila dia mula melepak di dalam saliran berhampiran persimpangan yang sibuk dan menghidap ruam. Dia dibawa ke veterinar dan telah didiagnos dengan jangkitan kulat pada kulit yang cepat pulih selepas mandian menggunakan syampu antikulat. Kami berasa lega apabila veterinar memberi kata putus Aramiss sihat sepenuhnya dan dia juga telah divaksin, diberi ubat cacing dan telah menjalani proses pemandulan.
Salah seorang pemberi makannya (yang juga kini menjadi penjaga sementara) menyatakan bahawa walaupun Aramiss seekor anjing yang tenang, dia berhati-hati terhadap orang. Sepanjang 8 minggu yang lalu, beberapa penduduk telah berusaha mendomestikasi Aramiss. Dari kunjungan kerap, berjalan-jalan, menghantar mainan dan mengusap perutnya, kini kami mempunyai seekor anjing yang tenang dan gembira yang selesa berada di sekeliling orang semula. Malangnya, tiada siapa dari kami yang dapat mengambilnya dan kami berharap dapat mencari keluarga yang akan menyayanginya seperti kami.
Aramiss adalah lambang namanya dengan kehalusan, pesona dan kesetiaannya. Dia juga menarik dengan bulu yang lebat dan berkilat serta pandangan mata yang menyentuh jiwa. Dia menyenangkan untuk diajak berjalan dan sangat mesra dengan anjing lain. Jika anda mencari teman yang sopan dan beradab, Aramiss adalah anjing yang tepat untuk anda. Sila hubungi saya melalui WA untuk pertanyaan, hanya pertanyaan serius sahaja.